Friday, June 25, 2010

Attention For Guys N Boys

Assalamualaikum n salam sejahtera.. Wanita terdiri drpd pelbagai jenis ragam n habit tersendiri. Ok, today, wanna share some info about perempuan yg harus di avoid oleh lelaki.. Maknanya tak sesuai utk dijadikan teman hidup anda laa.. Let' see..
1) Wanita Bintang
Nama pun dah bukan main gah kan. Wanita mcm ni jenis yg bergntung pd seseorang lelaki hanya utk menumpang populariti dan menguntungkan dirinya semata2. Lebih2 lagi jika dia ada sesuatu keinginan atau impian yg lebih besar berbanding dengan mendapatkan lelaki tu sendiri.

2) Wanita Liar
Of coz la kategori yg mak-mak semua tak suka jadikan menantu kan. At first, perhubungan dgn wanita mcm ni memang best. Dia selalu mencuba sesuatu yg baru dan memberi kejutan luar dugaan. Tetapi sikapnya seakan-akan tidak wujud sebarang sempadan dlm membezakan baik atau buruk. Silap2, dalam keseronokan bermain cinta dengannya, sesorang lelaki itu boleh terjerumus dlm masalh yg diciptakan oleh wanita sebegini.

3) Wanita Bom Jangka
Emosi wanita jenis ni akan meletus tanpa sebarang amaran walaupun seorang lelaki tu menganggap semuanya dlm keadaan terkawal. Luaran nampak normal, tapi tahap amarahnya tidak dpt dikawal sehingga terkadang sering mengubah fikiran dan keputusan di saat2 akhir akibat emosi marah yang tak diduga terjadi.

4) Wanita Penggapai
Wanita mcm ni mempunyai kedudukan kewangan yg lebih tinggi pd seseorang lelaki n she likes it. Sebab ini akan menjadi jaminan utk dirinya sendiri. Memilih pasangan yang bukan dari kelompoknya akan memberi dia lebih kebebasan utk bergerak. Mestilah, kerjayanya memerlukan dia bebas ke sana kemari. Pasangannya yg bukan dari kelompok sepertinya pasti akan merasa rendah diri. Wanita sebegini begitu sibuk dan cenderung mengatakan dia berkerjaya utk kebahagiaan bersama.

5) Wanita Tercedera
Hubungan yg terjejas mengakibatkan wanita jenis ini akan tercedera. Kewujudan seseorang lelaki tu hanyalah sebagai tmpat persinggahan utk melepaskan rasa sedih, marah dan dendam. Seseorang lelaki ini juga akan menjadi pendengar setianya. Tempat wanita sebegini memikirkan kesalahannya dan memperbaiki diri. Lelaki yg jatuh cinta padanya pasti akan menganggap wanita ini betul2 mencintainya tetapi sebenarnya wanita sebegini cuma lebih memikirkan ttg keadaan dirinya. Akhirnya, setelah mendapat semangat baru, lelaki itu akan ditinggalkan.

6) Wanita Gula-gula.
Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita. Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya. Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

blog comments powered by Disqus