Saturday, February 5, 2011

Mengapa Wanita Merajuk

Salam, info ni hasil survey yang pernah dijalankan oleh pihak tertentu...not me.. i am just sharing this info with u =p


MENGAPA WANITA MERAJUK DARI PANDANGAN WANITA
1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.
11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.
14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.
16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.
17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.
19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.
20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri
21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.
23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

MENGAPA WANITA MERAJUK DARI PANDANGAN LELAKI 
1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.
2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.
4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb
osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.
8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.
10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.
12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.
13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!
14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.
15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.
16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.
17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

25 comments:

Aqila Borhan said...

salam,

btul juga... hehe :D
mekasih share ;)

Hayati Hamzah said...

btul jugak pndangan lelaki tu :( tp nk buat mcm mne. kt ttp pmpuan ;)

KELI OH KELI said...

adeh...lain kali cikna sedia makanan..saya makan ya...sorry dear.. ")

Angelika Fadhilla said...

wahh almost banyak yg i seutuju, nice entry !

snf said...

merajuk itu perlu.hehehe..^^

Rina Azam said...

cik kyla,
sama2 :)

hayati,
aa..masing2 ada pndgn masing2 :)

keli,
thanks syg :)

angelika,
betul..mmg tepat kan :)

snf,
yaaa..perlu :)

Mordecai Kucai said...

Pernah berjumpa dengan Dr. Mat Saat Baki masa bujang dulu tapi dah ada teman wanita yang menjadi isteri saya sekarang.

Katanya wanita merajuk jangan di pujuk. Kalau di pujuk makin lama akan datang maka makin teruk rajuknya.

Saya pun berpegang lah kepada prinsip itu. Bukan lah mudah. Pendek kata sampai isteri hantuk kepala kedinding pun saya buat tak tahu saja.

Alhamdullilah sampai sekarang isteri saya langsung tak tau merajuk lagi. Selamat aku...

Ada masalah kalau tak selesai pun habis di situ saja. Kami teruskan dengan hal lain. Memang dari awal perkahwinan kami bersetuju kalau bergaduh pun fungsi dalam rumahtangga tak boleh di abaikan.

Sekiranya dia memasak saya membasuh pinggan. Sekiranya saya membasuh baju dia yang sidaikan.

Macam mana masalah pun terpaksa bertegur sapa kerana urusan rumah maka cepat lah kami bertegur sapa dan melupakan sengketa.

Sekarang bila ada anak anak pun kami memang tak pujuk. Jadi anak anak juga tidak tahu merajuk. Kalau mereka sedih kena marah atau pukul mereka sekadar lari kedalam bilik dan tak lama kemudian keluar.

Kesimpulannya keluarga kami bebas dari merajuk. Banyak perkara dapat di selesaikan tanpa merajuk.

Inilah pengalaman saya.

yahaya said...

merajuk biasalah lelaki atau perempuan.

alexayussida said...

rina!
thnk 4 sharing:)

Rina Azam said...

hahn,
wahhh..sampai mcm tu sekali.. mesti kesian tgk isteri sampai mcm tu..kan.. tp kdg2 is3 cuma nakkan perhatian.. so, dgn cara merajuk, dia rasa dia blh dptkan perhatian. Apapun alhamdulillah hahn dan is3 dh dpt cari solutions.. :)

yahaya,
merajuk laki dan perempuan xsama..:)

yus,
thanks dear :)

CikAizA said...

NAK BUAT APA MERAJUK.. JIKA KITA SEORANG YANG REDHA AKAN APA JUA SITUASI.. INSYALLAH.. SEMUANYA LANCAR..

Fariehan Ibrahim said...

nice en3! =)

CikWan said...

erm..kadang2 kita tak perasan pun semua tu.thanks for sharing.. =)

Rina Azam said...

lovemoney,
hehe.. pempuan dan merajuk susah utk dipisahkan :)

fariehan,
thanks so much :)

wan,
welcome.. sharing is caring rite?:)

Anonymous said...

pening2.. hohoho.
pokoknhye disini.
laki & pmpwan saling memerlukan
so give and take. xde yg selfish. xde yg kalah. n_n hehehhe

alkisah69 said...

thank for sharing

Rina Azam said...

nida,
thats rite nida ..thanks :)

alkisah69,
welcome :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

perempuan dan merajuk mungkin begitu sinonim antara satu sama lain Tapi ini boleh dielak dengan tips2 yang dicadangkan terbabit... thanks for sharing this:)

tot tot kecik said...

salam..


ooo btol2...
tp nape susah nk jumpe lelaki yg layan pasangannye seperti kawan..?mksdnye due2 boleh..jd di situ boleh wujud kemesraan..xde simpn2 dan hanya menjadi diri sndri..xperlu cover2..
kn kn ..?

ini hanya pndgn je.. :)

eza zularyeza said...

bila pempuan majuk, llaki salu ckp kite ngengade kn..benci!!

Rina Azam said...

fifiey,
welcome and thanks too :)

tot tot,
aaa.. betul..mmg tepat skali, sayangnya lelaki mostly x mcm tu, awek..awek..takleh campur urusan len.. kawan..kawan la kn.. huhu:)

eza,
exactly... mmg pon.. sedih kan ..hehe :)

ANISRAHIM said...

sebab hati wanita halussss..dan kita semua dikurniakan "perasaan"...hihi

ain fathihah fhm said...

saja2 nak merajuk. hehe

ozzy said...

salam..

Biasanya kalau dah lama kawin kuranglah merajuk tu
Tapi kalau asyik merajuk je lama2 suami pun boring..sesekali ok lah.

kindergartenlibrary said...

nelly jarang merajuk .
sebab biasa pujuk hati sendiri .