Tuesday, December 6, 2011

Doa Saat Bersedih

Maksudnya:
"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku."


Maksudnya:
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang."


Credit

Sunday, November 27, 2011

Does Your Crush Like You Back?

Assalamualaikum, do u know if the guy you are hot for is keen on you too? Jom kita check out if there's any possibilities :)


  • He makes lots of eye contact with u!
  • Says 'Hi" first when u arrived so means that dia approach u first.
  • Remembers thing u have told him about yourself.
  • Has found out a few things about u from friends.
  • Dia jadi red-faced and nervous when he's around u.
  • Drops in little compliments aboutyour hair/ clothes/ great taste in films...something like that.
  • Teases you.. suka mengusik and tries to do something physical like tickles u ( geletek2).
  • Has clearly asked his friends to try to suss out how u feel about him so dia cm selidik2 la. 

Blog Super Bersawang!

Assalamualaikum.. Ya Allah, dh nak masuk 6 bulan tak update blog ni. Rindu jugak. Tapi rasa-rasanya no one miss me kot :) Insya Allah, lepas ni nak aktif balik menulis blog. Hello all of u. Miss u guys so much :)

Friday, May 20, 2011

English Accent

Assalam... I have one friend which is Nabila Huda that introduced me about accent. I mean, English accent.  It's quite interesting. I am new to it. Macam bahasa Melayu pun ada accent kan? Loghat negeri masing-masing. The same goes with English. I love American accents. Senang nak faham and senang nak imitate. I don't know much about this exactly. But i do hope, i give u some info even it is not completely explained. Haha. So, just enjoy this video. It's fun for me. At least, boleh bezakan sikit antara different accent from other country and within the same country. This is Amy Walker, she is a dancer, singer and in this video, she's performing 21 English accent :)


Friday, April 29, 2011

Hadiah Buat Abang....

Terima kasih..Kerana selama ini banyak membantu, menyokong dan melayan karenah diriku..:)
Terima kasih..Kerana tetap setia dan mencinta selalu ..:)
Terima kasih..Kerana tak jemu2 mendengar segala keluh kesahku :)
Terima kasih..

Akan kuhadiahkan kesetiaan dan kejujuran tak berbelah bahagi padamu,..
Insya Allah..
Moga direstui Yang Esa :)

Thursday, March 3, 2011

Beza Cinta & Nafsu



1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu membahayakan. Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan bagi orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemukan dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan  yang membahagiakan. Sebaliknya, orang-orang yang terjerumus dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam keadaan yang membahayakan. 
2. Cinta buat kita ketawa. Nafsu buat kita kecewa. Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Ketika  seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liiar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa panen, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanami padi (cinta) itu tadi berupa buah padi (kebahagiaan) . Lain dengan orang-orang yang terkecoh yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. 
3. Cinta selalu ingin memberi. Nafsu hanya ingin diberi. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara automatiknya keduanya akan menerima. Tapi kalau kita dan pasangannya inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) lalu siapa yang akan memberi..?
4. Cinta yang terbaik.  Nafsu yang terbalik.  Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan dan selalu memperlakukan pasangan dengan cara-cara yang baik. Bagaimana dengan nafsu..? Nafsu hanya ingin selalu dipuaskan dan hanya bersifat fizikal sahaja.

Monday, February 21, 2011

What If I Say..



Man:
I have found you but it seems like i have lost myself,
I want to tell you but then how do i tell?
In any language that is known,
I can't find the words alone..
To tell you, what do you mean to me..

What if i say,
a beauty like yours, can't be found in this cosmos,
Your beauty and allure i may extol,
But all this is truly,
Nothing at all...

A sparking demeanor flows from your face,
Your deep dark tresses,
Descend in a dazzling maze..
Your scarf that is flowing.. is like a whiff of loud blowing..
Draped in your embrace are both beauty and grace..

What if i say,
Charisma like yours,
Can't be found and will never be around,
Your beauty and allure i may extol,
But all this is truly,
Nothing at all..

Women:
You are very generous today, 
then, here is the story from this day..
Now, me and you cruise the same way..
I'll come with you, where ever you say...

Man:
My beloved, 
If i say to you,
You are a fairy, or a riveting nymph is true,
Your beauty and allure i may extol..
But all this is truly,
Nothing at all....

What a sweet song translation from a Hindi song " Main Agar Kahoon" :)

Wednesday, February 16, 2011

Renungkan..

CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja. 
Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.
Sekadar untuk renungan sejenak...

Tuesday, February 8, 2011

Sacrifice :(

http://www.emocutez.com


Thanks Nabila Huda for your permission to post this on my blog..:)

Monday, February 7, 2011

Meet My Girlfriends

Salam, hye...entry for today saja2 nak show off my best friends :) I have lots of friends but this three person is the person i know i will be able to rely on them for the rest of my life.. Org cakap when u enter mana2 universiti, susah nak cari kawan yg betul2 boleh ada with u saat susah and senang. But, lucky for me i've found them !! They willing to lend their ears and their shoulders for me everytime i need it..Thanks friends :) 

MADIHAH

Madi is my best friend since i entered UUM.. She's also my room mate. Really2 kind hearted la dia ni.. Very2 rajin of coz rajin than me. :) Madi is a very generous person.. Budak nih asal Skudai.. jauh nun di Selatan, Rina pulak org Kedah, so bila North meet South memang best :) Dia punya slang and loghat Kedah memang mcm dibuat2.. :p Macam siam pun ada.. For me, i think she is the best room mate ever ... :)

FAIRUS

Fairus..Org kedah jugak. Same city as me, Alor Setar. I know her pun since entered uum nih. Dia nih memang suka menolong lahh.. Dia ni lembut sgt orgnya sampaikan susah tu say NO to others even dia sebenarnya ada hal or problems dia sendiri. So, Madi and me selalu nasihat dia, "Fairus, feel free to say NO!"  =p

FARADILA

My friend since form 6. She's now studying mass comm kat UITM Shah Alam. She's gorgeous for sure! Sorry if pic ni agak blur2 sikit muka u Farah=p. She's very funny and rasa best hang out with her. Sebab kami ni satu kepala. Then we also shared lots of interests.. I miss her.. 

That's all... Entry merapu utk hari ini. Amat malas utk cari info and type panjang2 sebenarnya thats why sumbat ja entry ni.. :) 
Whatever it is, I love all my friends.. Thanks for being my friend.

Footnotes: Sorry if entry ini hampir sama dengan karangan budak sekolah " Kawan Saya". =p

Saturday, February 5, 2011

Mengapa Wanita Merajuk

Salam, info ni hasil survey yang pernah dijalankan oleh pihak tertentu...not me.. i am just sharing this info with u =p


MENGAPA WANITA MERAJUK DARI PANDANGAN WANITA
1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.
11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.
14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.
16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.
17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.
19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.
20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri
21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.
23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

MENGAPA WANITA MERAJUK DARI PANDANGAN LELAKI 
1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.
2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.
4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb
osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.
8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.
10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.
12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.
13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!
14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.
15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.
16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.
17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

Wednesday, February 2, 2011

Kenapa Wanita Cemburu


Tidak merasa selamat
Rasa takut ditinggalkan atau ketakutan hubungan tidak akan berhasil membuahkan perasaan tidak selamat atau insecured. Rasa tersebut merupakan faktor utama pemicu rasa cemburu. Bahkan hal kecil boleh membuat rasa cemburu dan memicu konflik besar. 

Posesif
Beberapa wanita memiliki sikap obsesif yang cukup besar. Gerak-geri pasangan selalu ingin diketahui. Jika pasangan berteman dengan wanita lain, anda cepat curiga dan cemburu. 


Kurangnya komunikasi
Kurangnya komunikasi adalah salah satu penyebab rasa cemburu. Contohnya jika anda dan pasangan jarang bertemu atau tidak saling mengetahui kegiatan masing-masing maka rasa cemburu mudah sekali timbul. Berkomunikasilah dengan lancar, saling mengetahui kegiatan masing-masing juga sangat penting.

Tidak percaya
Banyak wanita yang tidak pernah percaya dengan pasangannya dan begitu juga sebaliknya. Jika anda tidak percaya pada pasangan bagaimana mungkin hubungan itu berjalan lancar. Cubalah untuk mempercayai pasangan, jangan selalu mematahkan perkataannya. Hal ini akan membuatnya terluka dan hubunganlah yang menjadi taruhannya.

Sunday, January 30, 2011

8 Sifat Wanita Idaman Lelaki


1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan.  

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti dulu persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3.

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual
yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona.