Assalamualaikum n salam sejahtera. Tonight punya entry is about ciri-ciri rumah yang berhantu. Menurut Islam ok? Info ni saya share setelah membaca buku hasil Ustaz Sharhan bin Shafie. Ustaz yang terkenal sekarang ni mengubat gangguan-gangguan jin iblis.
Okay, apa ciri-ciri rumah berhantu?
1) Mempunyai suasana yang suram dan muram. Rumah tersebut kebiasaannya kelihatan tiada nur' atau hilang keceriaan dan serinya.
2) Seringkali gejala atau simptom yang terjadi kepada rumah ini adalah kedengaran bunyi-bunyi aneh pada waktu malam terutamanya selepas pukul 12 malam. Antara bunyi tu seperti bunyi barang jatuh berkali-kali, balingan batu, hilaian ketawa, orang menangis, bayi merengek, bunyi tapak kaki dan berbagai-bagai bunyi yang menakutkan.
3) Rumah yg terdapat bnyk kelawar bergantungan di bahagian atap. Kebiasaannya tahi kelawar memenuhi siling dan kawasan sekitar rumah. Ini mengundang jin bertandang ke rumah kerana kotor.
4) Selalunya rumah yang berpotensi mengalami masalah rumah berhantu adalah rumah yang diperbuat drpd kayu kayan bukit.
5) Rumah yg tidak dijaga rapi kebersihannya drpd sebarang kotoran seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan dan najis haiwan seperti kelawar, burung dan haiwan-haiwan ternakan.
6) Rumah yg mengandungi gambar-gambar benda hidup dan gambar yg tidak dibenarkan syarak, patung-patung dan perhiasan-perhiasan yg tidak menggambarkan biah dan suasana Islam.
7) Berkaitan dgn penghuninya pula, selalunya penghuni rumah ini terdiri drpd mereka yg kurang pegangan agamanya seperti tidak bersolat, tidak menutup aurat dan memasang lagu-lagu yg tidak masyru'.
Moga-moga lepas ni bolehlah kita sama-sama memperbetulkan segala kekurangan supaya rumah kita ni terhalang dari dimasuki penghuni-penghuni lain. Insya Allah.
Ni lah rupa buku tu, sapa2 berminat leh beli kt kedai2 buku. Macam-macam cara utk kita jauhkan drpd gangguan jin. Memang best, Tajuknya Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus.











