Sunday, November 14, 2010

This Is Love

This is Love (18 pics)
This is Love (18 pics)
This is Love (18 pics)\
This is Love (18 pics)
This is Love (18 pics)This is Love (18 pics)
This is Love (18 pics)
This is Love (18 pics)

Friday, November 12, 2010

Macam Mana Nak Maju?

Assalamualaikum.. Entry hari ni berbaur agak geram dan terkilan. Why? Atas sikap peniaga MELAYU yang amatlah tidak profesional. Pelik dan amat pelik. Terlalu pelik untuk difikirkan. Macam ni kisahnya, kelmarin iaitu 11 Nov. Rina pi la turun dengan kawan nak p makan kat tempat kami slalu makan di KACHI MALL,UUM. Kedai yg dituju mula2 kedai goreng2, kami semua order bihun goreng. Lepas tu, pi pulak kedai sup. Kedai ni juai bihun sup, mee sup dan sebagainyalah... Seterusnya ni dialog antara Rina dan kak yg kerja kedai tu.

Saya : Kak, bagi sup ayam satu, makan.
Penjual : Jap, kak nak tanya, adik nak makan sup dengan apa?
Saya : Takpa, sy dh order bihun goreng kat kedai tu.
Penjual : Oo, maafla dik, bukan kak tak mau juai, tapi abang ( tokey kedai ) tu ckp, kalau nak beli sup makan dengan nasik ka, apa ka kat kedai tu, kak tak boleh juai sup kat adik. Kalau beli kat kedai lain takpala...Kak pun tak tau pasaipa. 


Paham dak, maksudnya, kalau kita p beli nasik ka apa2 benda la kat kedai goreng2 tu, dia x mau juai kat kita sup. Kalau kita beli makanan kat kedai lain lepas tu nak beli sup kat dia, x pa laa... Pelik, sedangkan sebelum ni dok beli boleh pulak. Ni mesti sebab kes dengki mendengki. Ishh, bukan terkilan sebab xdpt makan sup, tapi sebab perangai peniaga yang dok mendengki. Bukan  ka depa gak yang dapat untung kalau kita beli? Bukannya depa rugi, depa lg untung..tapi bila depa buat macam ni, depa la rugi..

Macam mana peniaga Melayu nak maju macam ni? Gaduh sikit dah jadi macam tu. Perangai dengki mendengki. Tak boleh tengok orang lain untung sikit.. Mulaalaa.. Saya penah teman kawan pi beli topup kat kedai cina, dia kata topup kedai dia habih, dia tunjuk pulak kedai satu lg atas sana, dia kata situ ada topup. Kalau kedai Melayu?? Jangan harapla.. Yang tau dok buat pelaris, sihir sana sihir sini...tp tak semuanya, tp blh kata majoriti camtu kot noo? 

Monday, November 8, 2010

Ciri-ciri Rumah Berhantu

Assalamualaikum n salam sejahtera. Tonight punya entry is about ciri-ciri rumah yang berhantu. Menurut Islam ok? Info ni saya share setelah membaca buku hasil Ustaz Sharhan bin Shafie. Ustaz yang terkenal sekarang ni mengubat gangguan-gangguan jin iblis. 

Okay, apa ciri-ciri rumah berhantu?


1)  Mempunyai suasana yang suram dan muram. Rumah tersebut kebiasaannya kelihatan tiada nur' atau hilang keceriaan dan serinya.

2)  Seringkali gejala atau simptom yang terjadi kepada rumah ini adalah kedengaran bunyi-bunyi aneh pada waktu malam terutamanya selepas pukul 12 malam. Antara bunyi tu seperti bunyi barang jatuh berkali-kali, balingan batu, hilaian ketawa, orang menangis, bayi merengek, bunyi tapak kaki dan berbagai-bagai bunyi yang menakutkan.

3)  Rumah yg terdapat bnyk kelawar bergantungan di bahagian atap. Kebiasaannya tahi kelawar memenuhi siling dan kawasan sekitar rumah. Ini mengundang jin bertandang ke rumah kerana kotor.

4)  Selalunya rumah yang berpotensi mengalami masalah rumah berhantu adalah rumah yang diperbuat drpd kayu kayan bukit. 

5)  Rumah yg tidak dijaga rapi kebersihannya drpd sebarang kotoran seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan dan najis haiwan seperti kelawar, burung dan haiwan-haiwan ternakan.

6)  Rumah yg mengandungi gambar-gambar benda hidup dan gambar yg tidak dibenarkan syarak, patung-patung dan perhiasan-perhiasan yg tidak menggambarkan biah dan suasana Islam.

7) Berkaitan dgn penghuninya pula, selalunya penghuni rumah ini terdiri drpd mereka yg kurang pegangan agamanya seperti tidak bersolat, tidak menutup aurat dan memasang lagu-lagu yg tidak masyru'.

Moga-moga lepas ni bolehlah kita sama-sama memperbetulkan segala kekurangan supaya rumah kita ni terhalang dari dimasuki penghuni-penghuni lain. Insya Allah.


Ni lah rupa buku tu, sapa2 berminat leh beli kt kedai2 buku. Macam-macam cara utk kita jauhkan drpd gangguan jin. Memang best, Tajuknya Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus.