Jurusan Pengurusan Awam terletak di bawah Fakulti Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa ( COLGIS ) .Sebelum pergi lebih lanjut tentang pengurusan awam secara khususnya. Saya nak berkongsi tentang subjek-subjek yang sudah saya pelajari dan akan saya pelajari selama 3 tahun berada di sini. Kebanyakan subjek-subjek dalam pengurusan awam ini memerlukan kita berkawan dengan buku... Begitu banyak teori yang perlu dihafal dan juga tokoh-tokoh terkenal dalam bidang pengurusan...Tak kurang juga subjek yang memerlukan pengiraan.. Subjek yang menjadi teras dalam jurusan ini adalah:
- Asas Pentadbiran Awam
- Pengantar Sains Politik
- Organisasi dan Masyarakat
- Etika Pentadbir Awam
- Dasar Awam
- Stuktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia
- Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam
- Pengantar Pengurusan
- Pentadbiran Kewangan
- Perlembagaan Malaysia
- Undang-undang Pentadbiran
- Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 1 dan 2
- Dasar dan Analisis Fiskal
- Politik Ekonomi Antarabangsa
- Hubungan Manusia dalam Pentadbiran
- Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam
Ini tidak termasuk dengan subjek-subjek pelengkap teras program dan universiti serta subjek minor.
0 comments:
Post a Comment