Kelemahan kaum hawa.. suka bertanya... suka bercakap...berbanding lelaki yg lagi suka mendiamkan diri. I discovered nice info on why suami/lelaki tak jawab soalan isteri.. Memang tak dapat disangkal lagi kesahihannya. :) Jom tgk why..
1) Suka bertanya soalan yang sama berulang-ulang.
Kegemaran seorang wanita. Suka bertanya soalan sama ulang2. Haii..bilalah nak ubah 100% perangai buruk ni kan..Sebagai contoh " lampu bawah dah tutup?" kemudian si suami menjawab " sudah, "selang beberapa ketika si isteri bertanya lagi "lampu bawah dh tutup belum?" dan ada sesetengah kaum isteri mengulang soalan yang sama sehingga melebihi 3 kali. Yang akhirnya menyebabkan si suami tidak lagi menjawab soalan mereka itu.
2) Sudah gaharu, cendana pula
Kadang-kadang kaum hawa ini mempunya suatu sikap yang agak pelik. Iaitu suka bertanya soalan-soalan cepu emas yang boleh dikategorikan sebagai soalan “sudah gaharu, cendana pula” Sebagai contoh: Seorang wanita menyambut suaminya, yang baru pulang dari kerja, setelah penat bekerja seharian, sambil berkata: “Abang baru balik? penat ke? Nak minum ke?” Sepatutnya soalan-soalan ini tidak perlu ditanya lagi kerana jawapannya sudah jelas dan sudah diketahui oleh si isteri. Cuba bayangkan jika si suami menjawab “Eh taklah, semalam lagi dah balik!.. tak penatlah goyang kaki jek… tak payah, semalam dah minum”
3) Soalan disertai dengan “membebel”
Kadangkala si isteri suka bertanya dengan disertai dengan membebel. Ini akan menyebabkan si suami malas hendak menjawab soalan tersebut. Sikap kaum lelaki selalunya tidak berapa gemar dileteri manakala sikap kaum hawa pula gemar meleteri. Sebagai contoh “Abang dah bayar bil?” belum sempat si suami menjawab terus disambung dengan ceramah umum oleh si isteri! “Ish, kalau tak bayar nanti kena potong, macam mana nak buat keja gelap gelita, nanti apa jiran-jiran cakap, saya nak letak muka kat mana, abang tau ja lah……. bla bla bla bla“
4) Soalan tidak pada masanya
Kadang kala soalan yang diajukan oleh si isteri tidak kena pada tempatnya. Sebagai contoh si suami sedang menyiapkan kerja yang perlu disiapkan dengan segera. Manakala si isteri pula tidak habis – habis dengan soalan yang beranika pilihan mereka yang menyebabkan si suami “tension” dan “serabut” dan akhirnya mengambil jalan mudah dengan tidak menjawab soalan-soalan tersebut.
5) Mahukan jawapan segera.
Sikap dan perangai kebanyakkan apabila diajukan soalan, mereka berfikir atau mengingat (perkara berkaitan soalan) terlebih dahulu sebelum menjawab / membuat keputusan. Ini mengelakkan jawapan / tindakan yang diambil tidak bertepatan atau salah. Manakala sikap si isteri pula suka mendesak mahukan jawapan yang segera. Sikap mendesak ini akan meyebabkan proses berfikir dan membuat keputusan terbantut yang akhirnya suami “tension” lalu mendiamkan diri.
P/s: My love..trying hard to cut down my silly questions =)
12 comments:
haha.. lawak dan menarik
btol ni...sokong2...hahaha
ermm...wah..wat research ya... :P
pernyataan yg disokong..
lama kelamaan, suami akan memahami sikat isteri..
Hahaha..nice entry!baru terfikir...a'ah la...haha
Baru je Update tadi; Trip Ke Pangkor bahagian akhir
betul3!!
jgn sampai gaduh
hehe :D
true!
gyahahahah~
huishhhh...
sm ar den...suka btny soalan yg agk2 mgarut..
sj suka2 tny smpi fifi fedup...huhuhuhuhuhu
cik tom sokong 100%..
lelaki n pmpn mmg cam2...huhu..
cukup tak suka or bebel~~
HAHA dah takde pakwe . tak membebel dah . :D
ha ha..... lawak!!! tapi memang betoi...... sokong!!!
Post a Comment