Salam, rupa-rupanya ada pantang larang sebelum kahwin ni. Pantang-larang yang berasal dari nenek moyang dan orang tua-tua. Terpulanglah sama ada nak percaya atau tidak tapi setiap pantang larang tu mesti ada hikmahnya.
1) Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
2) Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
3) Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).
4) Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
5) Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
6) Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
7) Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
8) Elakkan minum minuman keras dan merokok.
9) Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
10) Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
11) Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
12) Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
13) Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
14) Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
15) Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
16) Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
17) Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
18) Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
19) Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
20) Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
21) Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
22) Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.
23) Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga
24) Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
25) Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
26) Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
27) Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri/suami supaya rumahtangga aman dan damai.
28) Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.
29) Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
30) Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.
31) Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
32) Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
13 comments:
salam diana..
thanks ya utk info tambahan tu..
ni pun sy dpt info dari web lain..
anyway.. memg muda-mudi skrg dh xikut..
but as always..sharing is caring..
thanks so much :)
waahhh.. manyak nyer pantang larang... aiyak.. macam x mam[u ja mau buat pantang larang yg no 20 tu.. akekekekk
wah~ banyaknya pantang-larang~ huhu~
bila cik rina nk kawin ni???
haiyaaaaaa....byk nye pntang larang..tp ade kebaikan gk yg dpe lrg 2.kn..hehehhe
natakafisha,aida azryn,
hee..bnyk kan? =p
keli,
:) insya Allah, jodoh tak ke mana
Cik qiqi,
yap..mesti ada hikmahnya :)
alamak byk la pantang
sasa
:)
nak kawen pon susah ek.. banyak jgk pantang larang~ ;P
banyak nya pantang eheheh Pantnag jumpa bleh masuk senarai tak?
kuman "WLW Part2.." Entry
pantang larang ni bkn saja nak naik pelamin,tapi ada yang memang kena amalkan selamanya,br badan sht..
Banyak betul pantang larangnya.
banyaknyer pantanggggggggggggggggg
Post a Comment