Friday, May 7, 2010

Ada Jodoh?

DIA UNTUKKU
Salam... Enty Cik Rina kali ni juga berkisar tentang cinta. Pernah rasa bahawa anda dan pasangan sememangnya ditakdirkan untuk bersama? Seakan-akan anda dan dia saling memahami dan saling tahu isi hati masing-masing. Seperti baris-baris lagu Ashlee Simpson, Pieces of Me " How do you know, everything i'm about to say, am i that obvious and if its written on my face, i hope it never goes away," Jom kita tgk apa tanda-tanda yang memungkinkan anda dan dia mempunyai harapan cerah untuk bersama hingga ke akhirnya. Insya Allah.


Si dia menerima diri anda seadanya
Kekasih anda boleh menerima kelemahan anda. Boleh menerima kisah silam anda dan tidak pernah mengungkit tentangnya. Si dia juga tidak memperlekehkan kekurangan anda, tidak mengutuk rupa paras dan fizikal anda. Dia juga bersedia menceritakan tentang kisah silamnya.

Saling mempercayai
Kekasih anda dan diri anda sendiri rasa selamat dan tenang apabila boleh menceritakan rahsia atau masalah masing-masing. Kerana anda tahu rahsia anda akan selamat dengannya. Kekasih anda juga tidak pernah mencurigai anda kerana masing-masing yakin dengan hati dan cinta tulus yang diberikan.

Si dia memahami anda
Fahami dan sedia membantu. Ketika anda sakit atau dalam kesusahan, kekasih anda ikhlas dan rela membantu. Si dia juga sentiasa ada saat susah mahupun senang.

Tidak malu mempamerkan kelemahan
Si dia tidak merahsiakan kelemahannya. Bukan senang seorang kekasih terutamanya lelaki untuk mengakui kelemahan dan kesalahannya. Jika dia benar-benar ingin hidup bersama anda, si dia tidak akan menyembunyikan kelemahan dan keburukannya. Si dia tidak akan bersikap hipokrit. Si dia akan bersikap seperti dirinya yang sebenar dengan personalitinya yang sebenar.

Solat Istikharah
Solat istikharah... Mudah saja. Anda akan mendapat petunjuk setelah  melaksanakannya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika mimpi dan petunjukNya mengatakan si dia jodoh kita maka Alhamdulillah.

Intuisi
Intuisi atau kata hati adalah amat penting. Naluri seorang kekasih yang tulus akan dapat mengesan sekiranya kekasihnya sesuai atau sedang menyembunyikan sesuatu darinya.

P/s: Lappy Cik Rina berada dlm kondisi yang agak sakit jadi tak dapat nak berblogwalking. Harap maaf ya.

24 comments:

Nashays said...

suka pada intuisi itu..

nurinanisa ツ said...

btol2 :)

Hana Faza-same person said...

kesearasian itu sgt penting

K I L said...

wah :))

iidyll iceness said...

semua ckup...ngee...
solat istikharah tu jer belum..
huish...isau...

Syafiq Kadiran said...

nak cari cinta la camni...

gggirl said...

pernah buat solat tu...ats sbb tertentu..then, bermimpi...n mimpi tu sama n bersambung pd si dia...erm...smpi skrg duk pk...hehehe...

Nekmo said...

nenek pun bercinta gak..hehe

Sesopie said...

Pentingnya semua tu kalaw nak bercinta.=)

Nurul a.k.a Riko said...

yg penting...jgn terlalu memilih..nanti lambat kawin.

Syue said...

saya masih bawah umur ni ;D lambat lagi. hihihihihi

WZulhilmi said...

Boleh jadi pakar motivasi nie..Hihihi :)

Kaizen Shinobi.com said...

ahaks~ hehehe...

stuju ngan wzulhilmi

sesuai jadi pakar motivasi.. ahaks~

tengs for sharing... hehee

Rina Azam said...

sekadar menyampaikan...thanks

Siti Safiyyah said...

bestnye kalau dapat jumpa lelaki sebegini..lalala~

Aidi-Safuan said...

memang la seronok kalau dapat jumpe lelaki macam nih. masalahnyer dalam dunia nih hampir takde(atau memang takde pon) lelaki camnih. so how?

Chaoi said...

saya suke sgt posting nie..
boleh cilok x nak letak kat blog sya..huhuh

SheyPull said...

kerana dirimu begitu berharga..

Padin said...

he he he.. saye budak baru belajar..

Izzati Ishak said...

cikna...
kalu saling berahsia? adakah tanda2 hubungan perlu diputuskan?

Namio Oo said...

sya suka menangis..sbb sy mudah trase..tp
saya benci juga menangis...sbb...sy jadi makin rabun..waaaaaaa...

Unknown said...

sihat cepat.semoga.ameen.kan kuat.wee.

NurSya said...

xkan lari gunung d kejar <-- klau ade jodoh..hmmm..heehe..skadar myibuk d sni..kihkih..:)

ozzy said...

bukan mudah untuk mendapat org yg sempurna krn kita juga mngkin tidak sempurna