Saturday, May 15, 2010

Ha?? Suami Orang

Salam.. Entry mlm nih pula entry yg ingin menyedarkan kaum2 hawa di luar sana yg sedang berpacaran. Memang indah bercinta.. Oh..kekasih sy amat memahami wanita..matang... berfikiran terbuka.. BUT be aware.. he might be someone's hubby. Ada simptom2 sedemikian pada kekasih hati anda tu?? 


1) Kalau bersembang-sembang dengan anda, dia tidak akan memandang wajah anda kerana takut pembohongannya berjaya di detect.. 

2) Susah betulla nak ajak dia makan kat tempat terbuka. Kalau boleh nak mkn kat dlm hutan kot. Ni sebab dia takot terserempak dengan sedara mara atau bini dia. Tue lah yg menyebabkan dia slalu bwk anda mkn kat tmpt2 tersembunyi dan ada privacy.

3) Waktu jln2..matanya akan meliaq-liaq sini sana. Mana tau kot2 bini tiba2 muncul di hadapan mata. Kantoi.

4) Susah nak contact dia. Asyik tak dapat dihubungi saja. Sebab? Dia pakai 2,3,4 atau lebih sim kad. Sat2 dia tukaq.. Sim kad yg dia pakai utk contact anda adalah sim kad yg dikhaskan utk menggedik.

5) Uih..bila bersembang pasai wanita, dia number satu. Segenap penjuru dia tau sebab dia berpengalaman lah. Dia tau camana pempuan mrh, merajuk.. nu..ni.. so hati2 kalau knowledge dia ttg wanita luaq dan dlm over da limit. 

6) Sudah semestinya dia tidak akan bawa anda pi jmpak mak ayah dia... No way... dia akan memberi berjuta alasan yg tak masuk akal.

7) Naik kereta dia ada bau susu tumpah, ada kasut budak atau mak budak.. Tisu merata-rata.. Mainan dan segala benda yg aneh utk dimiliki oleh lelaki bujang.

8) Tahap kegatalannya berada di paras luar biasa. Tafsirkanlah sendiri.

9) Bila handphone berbunyi mulalah gelabah.. ataupun buat muka cool and pi ckp jauh2 dengan nada yg amat2 perlahan. Kalau dlm kereta pulak, dia tak akan jawab fon kalau npk bini dia yg kol n ckp "kacau betul la bos ni" ..atau dia trus off phone.

10) Boroi dan buncit yg agak keterlaluan seperti bukan lelaki bujang. Kerana makan minum yg terjaga oleh isteri yg setia menanti di rumah.

Apa?? Simptom ini ada pada boifren anda ?? Cik Rina nasihatkan cepatlah bertindak utk hidup yg lebih harmoni.. Sekian, Terima kasih.


38 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

alamk...hubby ku bujang tapi perut dah macm org kahwin sebab duk ngan abg n kak ipar dia...huhuhu..kak ipar dia pregnang n masak sedap

Cikmin said...

bagus tips ni...!

Nurul a.k.a Riko said...

Tu dulu...zaman skrg nie ahkak tgk dah ramai couple 'isteri org & suami org'..takutnyer dgr!

aril said...

Tips dan info yang sangat menarik..mana lah dpt tau n siasat benda2 mcm ni ek..:-)
Keep in touch

Anonymous said...

salam......

mana dapat info mcm ni....aappun boleh dijadikan iktibar..

mohon izin follow ur blog

najihah said...

berguna tips nih..

:)

snow white said...

snow white sokong 100% entri ni...hehehe :-)

Rafi Harumin said...

terlalu peribadi untuk diceritakan.. tapi perkara sebegini memang menyakitkan... apa lagi bila ia berlaku di mata anak anak.. diulangi... SANGAT MENYAKITKAN... :(

NurSya said...

hahahahahaha..bistu aisya ni cmne..dh tsuka kat balak org..?? hahahha..hehe..xpe2..aisya dh insaf dh..hikhik..;p pndai cikna ae..kecik2 dh tau cmne nk detect laki org ke x..hahaha..;p

Fatin said...

bagus betol entry nie.. sebab skunk nie banyak sgt lelaki gatal mengaku bujang!

Syafiq Kadiran said...

info yang sangat menarik!!!

sarah shafie said...

tkde2..hehhe...

Hazwan Hakim said...

hati2 ye pempuan....kena selidik dlu lelaki yg anda minat itu..:)

Vanilla Popsicle said...

senang-senang tak payah bercinta lah.
kahwin terus. maksiat pun kurang.
hehe :P

apa-apa pun, info yang menarik!

Nick said...

hahaha.. kahwin terus =P

nuriz said...

hehe info menarik ni..lelaki boroi cop sirim tu tanda dia dah kawen hehe

miss hans said...

the best tips ever! hope xkn terjatuh chenta ng laki spesies ni!! (:

suka_haha said...

no komen walaupun komen hehehe...

s h a said...

hehe...tips yg berguna cik rina dear...bleh gune kalo2 jmp yg berkenan nnt...miahaha...

Unknown said...

ayook.larii.

Belalang hijau Perisik said...

perot boroi? nape perlu d ukur pada perut utk org dah kawen?...nih yg dan2 rase boroi nih...
sob,sob,sob...

NiZaM Limited said...

Haha..simptom2 di atas pon bleh digunakan utk detect boifren org..kecuali yg bezenya laki tu tak boroi..ahaks..
nice thinking..cool post.. =)

s h a f i q h a s h i m _____ said...

lepas ni , ada lah orang buat tips, macam mana nak bermain kayu tiga dengan selamat :P

kiwi said...

hurmmm..sush nk cye laki zmn skrg

Nad said...

haha. not my guy. :) btw nice n3. :D

Aidi-Safuan said...

hahaha... nih dulu bole la pakai. sekarang nih lelaki semua hebat tau. :D

KELI OH KELI said...

yaaa aidi... :)huhu...shhhhhhhhhhhh...jgn gtaw mereka...

sno0p said...

nice tips...
tapi bab yang boroi tu yang da bujang pun ramai perut boroi rasanya....:P

MineMixs said...

Tips yang bagus tuk lelaki juga untuk mengelak di ditect..hehehehe.. :P

key-one said...

part boroi tak tahan tuhh...hahahaha

Hana Faza-same person said...

tips menarik buat reminder pompuan2 diluar sana..hehehe

helmi said...

setuju...setuju...

Syue said...

wah, nice sharing. good =) thanks eh. semoga dijauhkan daripada golongan suami :)

amirah said...

aku setuju dgn boroi dan buncet keterlaluan..hehe

iidyll iceness said...

selamat lg...huhuhuhu
xde tanda2 itu...
alhamdulillah..
yg pasti jika die laki org..
org tu de lar sis..
gatainyer~~~~~~

safiyyahosman said...

hiii..
good info:)

boleh jaga jaga la..:)

~miszirdawaty~ said...

tips menariklah~
kena lari dr boyfee type cmni,
lalala~

Aril Lanang said...

beringat2 lah wahai kaum hawa...