Monday, June 21, 2010

Mahu Bersanding?

Salam, entri kali ni pasal persandingan pulak. Menurut Islam, jika ada unsur-unsur khurafat di dalam adat persandingan maka persandingan tersebut hukumnya haram. Antaranya ialah:

1) Menabur beras kunyit
Kalau tabur beras kunyit tu tujuannya utk menghalau roh jahat dan menambah semangat maka ianya adalah haram.

2) Membaca jampi mentera
Kalau ada bacaan-bacaan selain daripada ayat Al-Quran yang dibacakan oleh pawang utk memelihara majlis perkahwinan tu drpd roh jahat, pun syirik jugak.

3) Berandam
Perbuatan andaman yg berbentuk 'li tadlis' iaitu mengubah kecantikan sebenar juga haram. Antara yg disebut hadis-hadis; HR Muslim-muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud " Allah SWT melaknat wanita yg mencucuk tangan  dan menaruh warna ( tatoo) dan yg meminta berbuat demikian; juga wanita-wanita yg menghilangkan bulu kening di muka, wanita yg mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yg merubah kejadian Allah SWT, ( pengecualian: membuang bulu berupa janggut, misai atau side-burn)

4) Berhias utk dipamerkan
Berhias dengan tujuan utk dipamerkan kepada org ramai adalah dilarang.Habis yg bertukar baju ala-ala hindustan lah..arab la...camna ya

5) Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran.

6) Menjadikan hadiah dan pemberian wang sebagai satu kemestian.

7) Mas kahwin dan hantaran yang mahal.

Emm.. tu ja yg Cik Rina leh list downkan hasil dari pencarian Cik Rina. So, cmana ya..kalau nak melawa2 waktu jd raja dan ratu sehari? Mungkin ramai yg ckp melawa utk suami, tapi kan menjadi tontonan umum.. Emm... Tak taulaa nak ckp. Lumrah manusia tambah2 lg perempuan ni mesti nak melawa kan. Mungkin harus bersederhana saja kot dlm melawa ni kan.. Moga tak timbul perasaan riak dan bangga yg boleh menambah dosa kita.

blog comments powered by Disqus