Sunday, June 20, 2010

Tanda- tanda Kematian

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Perlu juga diingatkan bahawa hanya orang-orang yg terpilih sahaja akan merasai tanda-tanda ini.


100 Hari Sebelum Kematian
-Akan berlaku pada selepas waktu Asar. 
-Seluruh tubuh dari hujung rambut hingga hujung kaki akan bergetar dan menggigil
-Contoh seperti daging lembu yg baru disembelih, dagingnya akan kelihatan bergetar.
-Jika seseorang itu menyedari bahawa itu adalah tanda kematian maka secara automatik getaran itu akan hilang tetapi jika tidak menyedarinya maka getaran tersebut akan terus hingga hilang sendirinya.


40 Hari Sebelum Kematian
-Juga akan berlaku sesudah Asar
-Bahagian pusat akan berdenyut-denyut
-Menandakan daun yg tertulis nama kita akan gugur dari pokoknya yg terletak di atas Arash Allah SWT
-Malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan membuat persediaan utk kematian kita dan akan mengikuti kita hingga hari kematian kita.
-Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sepintas lalu, dan apabila ini terjadi, kita akan merasa bingung seketika. 


7 Hari Sebelum Kematian
Akan diuji dengan musibah kesakitan sebagai contoh orang yg sakit tidak lalu makan tiba-tiba menjadi berselera makan.


3 Hari Sebelum Kematian
-Terasa denyutan di tengah dahi di antara dahi kanan dan kiri
-Jika tanda ini dapat dikesan, maka kita harus berpuasa supaya perut tidak mengandungi najis yg banyak supaya dapat memudahkan urusan memandikan mayat kita nanti.
-Ketika ini, mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan hidung akan mulai jatuh perlahan-lahan dan ini dapat dikesan melalui pandangan sisi.
-Telinga akan layu di mana bahagian hujung akan beransur-ansur masuk ke dalam.
-Telapak kaki yang terlunjur akan perlahan-lahan terjatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 


1 Hari Sebelum Kematian
Akan berlaku sesudah Asar di mana kita akan merasa satu denyutan di bahagian belakang iaitu di ubun-ubun menandakan kita tidak akan sempat utk menemui waktu Asar keesokan harinya. 


Tanda-tanda Akhir
-Merasa keadaan sejuk di pusat dan akan turun ke pinggang dan kemudian naik ke bahagian halkum.
-Ketika ini hendaklah mengucap 2 kalimah syahadah dan berdiam diri utk menanti kedatangan malaikat maut menjemput kita menghadap Allah SWT.


Astaqhfirullahalazim.


KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK 5 KALI


1) Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran
2) Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan sembahyang malam.
3) Aku rumah penuh tanah dan debu, maka bawalah amalan sebagai hamparan.
4) Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5) Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan " La Ilahaillallah, Muhammadur Rasullullah" supaya kamu dapat jawab kepadanya.


Astaqhfirullahalazim. Wallahualam.

blog comments powered by Disqus