Jangankan lelaki biasa..Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka, fikiran dan hati lelaki menjadi resah,
Masih mencari walau ada segalanya...
Apa yang tiada di dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa...
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok,
Untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus...
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal..
Di situlah punca kekuatan dunia..
Akal senipis rambutnya,
tebalkanlah ia dgn ilmu..
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dgn iman,
Perasaan selembut sutera,hiasilah ia dengan akhlak...
Pastikan sebelum wanita menuju jalan Ilahi,
Pimpinlah diri kepadaNya..
Jinakkan diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segalanya di bawah pimpinanmu,
Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah Az-Zahra,
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah..
8 comments:
katakan padaku...apa pula hakikat seorang lelaki...? :)
nice one :)
Salam kenal, salam Ramadan,
Disebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita pendorong semangat, ada wanita yang berkorban untuknya.
layn je lagu Dehearty-wanita..
Menu berbuka dan bersahur : Tomyam dan Ikan Geli-geli
rasa macam nak nanges baca entry ni sebab saye sedang kecik hati dengan lelaki saye :(
nice entry..
and its also wrote in Al-Quran...
for the certain statement....if i'm do wrong to what i'm saying..do fix me...=)..+follow this blog...
dia honey
jgnla nangis2..g berdamai balik k
Love is life
thanks :)
Salam saudari Nasrina,
Memang tak dapat dinafikan memang betul apa yang saudari tulis
Post a Comment