Monday, September 27, 2010

Awas! Musuh Dalam Selimut

Dia sahabat baik anda? Think again if...

1) Selalu pinjam duit tapi buat-buat lupa dan tak dikembalikan
Dia selalu pinjam duit... berjanji nak bayaq then wat2 lupa sampailah sekarang. Ada kawan macam tu?

2) Komen Negatif
Dia selalu memberi komen berunsur negatif terhadap anda dan selalu kritik2 pasal status hubungan, penampilan dan sebagainya. Semuanya yang negatif saja, langsung takda komen positif yang boleh menambah semangat anda.

3) Menggoda pasangan anda
Dalam diam, dia cuba ingin tampil menarik dan menunjukkan kelebihannya di hadapan pasangan anda. Whats that mean? dia cuba menarik perhatian pasangan anda dengan menunjukkan yang dia lebih cantik/hensem berbanding anda tanpa anda sedari taktiknya.

4) Sering memperlekehkan
Atau dlm erti kata lain, merendah-rendahkan anda. Sehinggakan anda jd takut untuk berkongsi apa2 dengannya tentang kesalahan anda atau rahsia anda. Yalah..takut dia perlekehkan anda.

5) Sering ingkari janji
Sering membatalkan pertemuan last2 minute, sehingga anda rasa seperti orang bodoh. Selalu menunggu lama tapi last2 tak jadi jumpa. And then, bila anda marahkan dia, dia akan merayu2 mintak dimaafkan tapi mengulangi kesalahan yang sama.

Anti kan orang mcm ni?? Jangan bg muka pd org mcm ni. Jgn jd terlalu baik. Kita jaga hati dia, siapa yg nk jaga hati kita??
http://www.emocutez.com

remember!!!

Saturday, September 25, 2010

Selamat!!


Salam semua... tgah dok bw td jumpak entry pasai scan blog ni... So try2 la kan.. Alhamdulillah.. My link is safe. So, selalu selalulah anda melawat sini tanpa rasa resah dan risau akan jangkitan virus2 berbahaya!! Tau ni pun dari blog Siti Nur Syuhada.. Thanks K!

Amat hepy my blog/link is safe... Sihat dan sejahtera!!!!

Nak try???

http://www.emocutez.com

Tuesday, September 21, 2010

Beloved Sweethearts

I love them all.. anak2 saudaraku yang kecoh-kecoh semua... Without them.. Hari raya ni sure sunyi sepi.. Kids=bahagia!!! Eventhough buaih.. asyik nak kena mrh saja but world will turn upside down without them.. They make my day!!











Ouh...aksi ni paling berbahaya.. Jangan tiru di rumah 
MyEm0.Com

Saturday, September 4, 2010

Mengapa Cinta

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Credit to Tentang Cinta