Sunday, October 24, 2010

Ciri-ciri Gadis Sopan Yang Sebenar

Salam, these is exactly the meaning of real gadis sopan menurut Islam. Nampaknya, banyak lagi kekurangan yang ada pada diri ini. Just wanna share..

  1. Solat tepat waktu
  2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
  3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
  4. Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
  5. Bercakap dengan rendah suara.
  6. Lembut dan halus tingkahlakunya.
  7. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
  8. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
  9. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
  10. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
  11. Pandai mengambil hati orang tua.
  12. Menghormati dan taat ibubapa.
  13. Kesayangan keluarga dan tetangga.
  14. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
  15. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
  16. Rambut tak diwarnakan.
  17. Banyak dan murah dengan senyuman.
  18. Banyak mendengar dari bercakap.
  19. Senyuman adalah ketawanya.
  20. Tidak ketawa terbahak-bahak.
  21. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
  22. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  23. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
  24. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
  25. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
  26. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
  27. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
  28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
  29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
  30. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
  31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
  32. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.
Ya Allah, betapa diriku banyak kekurangan, banyak tidak sopannya...

Credit to Mak Ngoh Selamoh

9 comments:

alexa yussida said...

awk..yg num 24 tu kan..cmne kalo dpt smbunyikan dari org sekeliling tp stil tulis in blog or sumtin?awk rase?:(

Rina Azam said...

alexa,
emm.. sy rasa tak slhlaa.. just nak menenangkan hati kan... x kisah xada sapa yg bc pun..at least hati kita rasa lega..so chill out dear..

alexa yussida said...

okies..tenkiu dear:)

aneesa ♥ said...

terima kasih menyampaikan rina azam (^-^) doakan wanita wanita di muka bumi ni wanita yang baik. amin.

Rina Azam said...

aneesa,
Insya Allah..thanks 4 dropping by ya :)

~eZmALiZa~ said...

subhanaALLAH..
suke dgn enrty ni.insyaALLAH akan di jadikan panduan utk terus menjadi gadis yg sopan..thanks rina.. :)

Rina Azam said...

ezmaliza,
thanks yaa..just sharing :) insya Allah

el said...

bkn rina je ada kekurangan..k.el pun ada jugak..huhuhu

Rina Azam said...

k.el,
kita suma ada kekurangan.. :(