Assalamualaikum.. Entry hari ni berbaur agak geram dan terkilan. Why? Atas sikap peniaga MELAYU yang amatlah tidak profesional. Pelik dan amat pelik. Terlalu pelik untuk difikirkan. Macam ni kisahnya, kelmarin iaitu 11 Nov. Rina pi la turun dengan kawan nak p makan kat tempat kami slalu makan di KACHI MALL,UUM. Kedai yg dituju mula2 kedai goreng2, kami semua order bihun goreng. Lepas tu, pi pulak kedai sup. Kedai ni juai bihun sup, mee sup dan sebagainyalah... Seterusnya ni dialog antara Rina dan kak yg kerja kedai tu.
Saya : Kak, bagi sup ayam satu, makan.
Penjual : Jap, kak nak tanya, adik nak makan sup dengan apa?
Saya : Takpa, sy dh order bihun goreng kat kedai tu.
Penjual : Oo, maafla dik, bukan kak tak mau juai, tapi abang ( tokey kedai ) tu ckp, kalau nak beli sup makan dengan nasik ka, apa ka kat kedai tu, kak tak boleh juai sup kat adik. Kalau beli kat kedai lain takpala...Kak pun tak tau pasaipa.
Paham dak, maksudnya, kalau kita p beli nasik ka apa2 benda la kat kedai goreng2 tu, dia x mau juai kat kita sup. Kalau kita beli makanan kat kedai lain lepas tu nak beli sup kat dia, x pa laa... Pelik, sedangkan sebelum ni dok beli boleh pulak. Ni mesti sebab kes dengki mendengki. Ishh, bukan terkilan sebab xdpt makan sup, tapi sebab perangai peniaga yang dok mendengki. Bukan ka depa gak yang dapat untung kalau kita beli? Bukannya depa rugi, depa lg untung..tapi bila depa buat macam ni, depa la rugi..
Macam mana peniaga Melayu nak maju macam ni? Gaduh sikit dah jadi macam tu. Perangai dengki mendengki. Tak boleh tengok orang lain untung sikit.. Mulaalaa.. Saya penah teman kawan pi beli topup kat kedai cina, dia kata topup kedai dia habih, dia tunjuk pulak kedai satu lg atas sana, dia kata situ ada topup. Kalau kedai Melayu?? Jangan harapla.. Yang tau dok buat pelaris, sihir sana sihir sini...tp tak semuanya, tp blh kata majoriti camtu kot noo?