Saturday, May 15, 2010

Ha?? Suami Orang

Salam.. Entry mlm nih pula entry yg ingin menyedarkan kaum2 hawa di luar sana yg sedang berpacaran. Memang indah bercinta.. Oh..kekasih sy amat memahami wanita..matang... berfikiran terbuka.. BUT be aware.. he might be someone's hubby. Ada simptom2 sedemikian pada kekasih hati anda tu?? 


1) Kalau bersembang-sembang dengan anda, dia tidak akan memandang wajah anda kerana takut pembohongannya berjaya di detect.. 

2) Susah betulla nak ajak dia makan kat tempat terbuka. Kalau boleh nak mkn kat dlm hutan kot. Ni sebab dia takot terserempak dengan sedara mara atau bini dia. Tue lah yg menyebabkan dia slalu bwk anda mkn kat tmpt2 tersembunyi dan ada privacy.

3) Waktu jln2..matanya akan meliaq-liaq sini sana. Mana tau kot2 bini tiba2 muncul di hadapan mata. Kantoi.

4) Susah nak contact dia. Asyik tak dapat dihubungi saja. Sebab? Dia pakai 2,3,4 atau lebih sim kad. Sat2 dia tukaq.. Sim kad yg dia pakai utk contact anda adalah sim kad yg dikhaskan utk menggedik.

5) Uih..bila bersembang pasai wanita, dia number satu. Segenap penjuru dia tau sebab dia berpengalaman lah. Dia tau camana pempuan mrh, merajuk.. nu..ni.. so hati2 kalau knowledge dia ttg wanita luaq dan dlm over da limit. 

6) Sudah semestinya dia tidak akan bawa anda pi jmpak mak ayah dia... No way... dia akan memberi berjuta alasan yg tak masuk akal.

7) Naik kereta dia ada bau susu tumpah, ada kasut budak atau mak budak.. Tisu merata-rata.. Mainan dan segala benda yg aneh utk dimiliki oleh lelaki bujang.

8) Tahap kegatalannya berada di paras luar biasa. Tafsirkanlah sendiri.

9) Bila handphone berbunyi mulalah gelabah.. ataupun buat muka cool and pi ckp jauh2 dengan nada yg amat2 perlahan. Kalau dlm kereta pulak, dia tak akan jawab fon kalau npk bini dia yg kol n ckp "kacau betul la bos ni" ..atau dia trus off phone.

10) Boroi dan buncit yg agak keterlaluan seperti bukan lelaki bujang. Kerana makan minum yg terjaga oleh isteri yg setia menanti di rumah.

Apa?? Simptom ini ada pada boifren anda ?? Cik Rina nasihatkan cepatlah bertindak utk hidup yg lebih harmoni.. Sekian, Terima kasih.


Friday, May 14, 2010

Katakan Ya Pada Cinta


Entry cinta lagi.. Ya, Cinta lagi. Kerana hidup kita semuanya berkenaan dengan cinta. Cinta bkn hanya pd kekasih..tp pd seluruh semesta alam.. Besar makna cinta.. Di sini entry yg berbahasa Inggeris. Silalah si gadis-gadis dan si jejaka-jejaka kalau nk ambik ayat2 cinta neh then sms to someone special ..no hal punya. Ingat Cik Rina tak tau ka kegemaran org2 yg bercinta neh.. Ayat2 jiwang memg suka... Ada la sikit quotes2 cinta yg menarik hati utk di share bersama semua. 

*If I never met you, I wouldn't like you. If I didn't like you, I wouldn't love you. If I didn't love you, I wouldn't miss you. But I did, I do, and I will.

*Love knows no reasons, love knows no lies. Love defies all reasons, love has no eyes. But love is not blind, love sees but doesn''t mind.


*Love is patient, love is kind. It does not envy, it does not boast, it is not proud. It is not rude, it is not self-seeking, it is not easily angered, it keeps no record of wrongs. Love does not delight in evil but rejoices with the truth. It always protects, always trusts, always hopes, always perseveres.


*Love is like a friendship caught on fire. In the beginning a flame, very pretty, Often hot and fierce, But still only light and flickering. As love grows older, Our hearts mature And our love becomes as coals, Deep-burning and unquenchable.

*Love is a burning desire, That makes your heart light on fire, Love is being with you, Someone saying I love you too, Love is your tender kiss, Something you don''t want to miss, Love is you and me, And that is all I see.

*Love me without fear Trust me without questioning Need me without demanding Want me without restrictions Accept me without change Desire me without inhibitions For a love so free.... Will never fly away.

*The night has a thousand eyes, And the day but one; Yet the light of the bright world dies, With the dying sun. The mind has a thousand eyes, And the heart but one; Yet the light of a whole life dies, When love is done.

Itu sahaja entry Cik Rina mlm ini. Sila lah rajin2 berikan komen anda atau sebarang umpatan juga diterima.
Terima kasih.


Wednesday, May 12, 2010

Cepat Bertindak!


Blogger2 semua please pay FULL ATTENTION to these entry. Anda semua di dalam bahaya. Sekeliling anda dipenuhi dgn bakteria dan kuman yg jika dibiarkan bermaharajalela boleh menggugat nyawa anda. Adakah anda mempunyai simptom-simptom berkenaan? Selesema? Batuk2? Gatal-gatal seluruh badan ? Di dalam poket dan wallet anda ada benda berkuman dan bakteria yg berbahaya seperti bakteria E.Coli dan S. Aureus. Kotoran seperti Staphylococcus. Kemungkinan utk anda mendapat kudis2 dan gejala penyakit kulit adalah amat tinggi kerana anda tidak tahu dari mana asal usulnya benda tu!! Dari siapa? Jadi.. Cik Rina tidak mahu anda sakit dan tidak dapat menjalakan hidup dengan harmoni.. Jadi dengan rela hatinya, Cik Rina menerima kuman-kuman yg blogger semua nak bg kat Cik Rina. Silalah...  Benda apa yang berbakteria bahaya tu? 
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

Cik Rina tidak mengarut. Kajian membuktikan duit amat kotor sama kotor dengan toilet. Jadi, berfikirlah dan hulurkan pada Cik Rina. Buatlah keputusan utk masa depan yg lebih cerah.

Sekian, entry prihatin.
P/s: Number akaun akn diberikan kemudian. Tq

Monday, May 10, 2010

Marilah Kita Menangis

Entry yg amat ringkas kerana Cik Rina amat bosan skrg jd rasa nak menulis apa2 saja.. Selalunya awat kita menangis? atau dlm loghat kedah.. Awat kita teriak? Banyak benda boleh buat kita teriak.. Nangis ni jugak ada faedahnya tuan2 dan puan2.. Mai nak habaq mai..

Nangis boleh hilangkan tension
*Boleh mengeluarkan racun.. Betoi tak tipu.. Tu sebab bila kita lpas nangis..kita akan rasa tenang..
*Nangis boleh meng 'improve' kan vokal kita. ( Kajian sendirian berhad )
*Bagi perempuan, nangis salah satu cara utk mencairkan hati sesorang lelaki.. kerana salah satu senjata wanita adalah air mata.
*Nangis boleh buat kita cepat mengantuk. Bagus utk sesiapa yg baru putus cinta sbb bila tertidoq kita akan berhenti dok pikiaq dan sedih2. ( Cuba try)
*Nangis dapat menginsafkan hati sesiapa yg melihat tmbh2 kalau yg nangis tu mak kita
*Nangis blh digunakan utk cover malu ( anda akan lihat keberkesanannya )..

Ni saja buat malam ini.. Entry mengarut. Sekian.

P/s: Entry yg agak hijau kuning kerana semangat Kedahku.

Friday, May 7, 2010

Ada Jodoh?

DIA UNTUKKU
Salam... Enty Cik Rina kali ni juga berkisar tentang cinta. Pernah rasa bahawa anda dan pasangan sememangnya ditakdirkan untuk bersama? Seakan-akan anda dan dia saling memahami dan saling tahu isi hati masing-masing. Seperti baris-baris lagu Ashlee Simpson, Pieces of Me " How do you know, everything i'm about to say, am i that obvious and if its written on my face, i hope it never goes away," Jom kita tgk apa tanda-tanda yang memungkinkan anda dan dia mempunyai harapan cerah untuk bersama hingga ke akhirnya. Insya Allah.


Si dia menerima diri anda seadanya
Kekasih anda boleh menerima kelemahan anda. Boleh menerima kisah silam anda dan tidak pernah mengungkit tentangnya. Si dia juga tidak memperlekehkan kekurangan anda, tidak mengutuk rupa paras dan fizikal anda. Dia juga bersedia menceritakan tentang kisah silamnya.

Saling mempercayai
Kekasih anda dan diri anda sendiri rasa selamat dan tenang apabila boleh menceritakan rahsia atau masalah masing-masing. Kerana anda tahu rahsia anda akan selamat dengannya. Kekasih anda juga tidak pernah mencurigai anda kerana masing-masing yakin dengan hati dan cinta tulus yang diberikan.

Si dia memahami anda
Fahami dan sedia membantu. Ketika anda sakit atau dalam kesusahan, kekasih anda ikhlas dan rela membantu. Si dia juga sentiasa ada saat susah mahupun senang.

Tidak malu mempamerkan kelemahan
Si dia tidak merahsiakan kelemahannya. Bukan senang seorang kekasih terutamanya lelaki untuk mengakui kelemahan dan kesalahannya. Jika dia benar-benar ingin hidup bersama anda, si dia tidak akan menyembunyikan kelemahan dan keburukannya. Si dia tidak akan bersikap hipokrit. Si dia akan bersikap seperti dirinya yang sebenar dengan personalitinya yang sebenar.

Solat Istikharah
Solat istikharah... Mudah saja. Anda akan mendapat petunjuk setelah  melaksanakannya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika mimpi dan petunjukNya mengatakan si dia jodoh kita maka Alhamdulillah.

Intuisi
Intuisi atau kata hati adalah amat penting. Naluri seorang kekasih yang tulus akan dapat mengesan sekiranya kekasihnya sesuai atau sedang menyembunyikan sesuatu darinya.

P/s: Lappy Cik Rina berada dlm kondisi yang agak sakit jadi tak dapat nak berblogwalking. Harap maaf ya.

Monday, May 3, 2010

Nak Jawab Tag Lagi lahh!

Musim tag mengetag betoi.... Tag ni diberi oleh  Lakov. Thanks ya Lakov sebab mengenakan tag ke ats diri saya. Skema ayat. Ouh..tanpa buang masa jom jawab tag..

Adakah anda rasa anda hot?
Hot tersangat2. Berpeluh dari pagi sampai malam.. Cuaca memg panas skang neh.= )

Upload wallpaper laptop yang anda guna sekarang dan berikan sebab-sebabnya.
sbab wall paper neh wana dia itam pink...sukaaa

Kali terakhir makan pizza
Awal bulan 4 kot...

Lagu terakhir dengaq
Nobody- Wonder Girl ( sbb ringtone enset )

Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag
Nothing...fokus ja pada soalan =)

Selain nama sendiri anda dipanggil dgn nama apa
Cikna
Nanas
Nina
( tue ja kot)

Tag kpd 4 orang
Sapa aa....Nak bg kat ..

Perkara yg anda tahu ttg pengetag anda
Sahabat blogger newbie.. To Lakov ..enjoy blogging k

-Tamat Sudah-


Baru Nak Jawab Tag

Alhamdulillah..selesai sudah last paper utk final exam semester ini... Hope2 result pun ok laa.. Insya Allah..
Ouh..barulah ada masa nak menjawab tag yg dh agak lama disoal oleh Cik Nana. Sorry k Cik Nana.. Okeylah.. Jom jawab tag...


Apa yg akan anda buat bila tau member tikam dari belakang
Terus anti dia laaahh...

6 orang di hatiku.
*Mak
*Ayah
*Azamku
*Siblings
*Anak-anak menakanku
*All my beloved friends


Anda rasa anda comel?
Tak pun... Everyone ada kecomelan masing2


Single or taken?
Taken.. by him... Mr. Azam. InsyaAllah moga jodoh terus kekal.


Blog yg anda suka.
Blog Mr. Azam dan blog yg cepat load n banyak info best 


Adakah bilik anda sentiasa kemas?
Ya... kemas.. ( bangga betul )


Lagu terakhir yang anda dengar
Kitne door kitne paas


Last text message
Ouh.. private


Last phone call
Fatin... my friend.


Hari terakhir anda menangis
Today..


List 5 kaler favret
Pink
Purple
Hitam
Putih 
Brown


Orang terakhir yg anda ber YM
Muna...my friend


Game yg paling suka
Game Jojo Fashion Show ( haha )


Adakah anda peminat MCR?
Ouh..bolehla... more into Evanescence n Muse


Apa perasaan jawab tag ni.
Ouh... biasa2 saja... 


Anda rasa tag ini best? 
Ya..best3..


Tag pada siapa g?
Sesiapa yg nak sila jawab..jemput2