Sunday, October 31, 2010

Cerminlah Diri


Cermin Diri: Membentuk Keperibadian Mulia.


1.Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.



2.Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesal akan keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.



3.Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.



4.Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.



5.Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.



6.Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.



7.Sedar diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.



8.Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.



9.Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.



10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.



http://www.emocutez.com

Wednesday, October 27, 2010

Blogger Pilih Kasih

Assalamualaikum n salam sejahtera..

Entry yg teramat short. Just wanna ask your opinion... Pernah terjumpa blogger pilih kasih? I mean.. Dia cuma pilih yang sekutu dengannya sahaja. Mengikut kriteria yang disukai..Kalau she's a pretty girl..( contoh saja ya ), dia tak akan layan blogger2 picisan wanita yang lain. Kecualilah if blogger tu dia lihat ada rupa, ada gaya yg maybe melebihi dia.. and so on..I don't know.. Maybe i'm wrong in judging someone.. If blogger tu hot and agak famous, she/he will stick with him/her. Maybe untuk wujudkan satu komuniti yang nampak hebat2 saja =p. But it's okay.. Ini alam maya.. Maybe i was wrong.. But sometimes i keep wondering why.. Itu saja entry mengarut.  

Sekian. :) 

P/s: But if ada anything to share.. please do so.. ..thanks.

Sunday, October 24, 2010

Ciri-ciri Gadis Sopan Yang Sebenar

Salam, these is exactly the meaning of real gadis sopan menurut Islam. Nampaknya, banyak lagi kekurangan yang ada pada diri ini. Just wanna share..

  1. Solat tepat waktu
  2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
  3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
  4. Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
  5. Bercakap dengan rendah suara.
  6. Lembut dan halus tingkahlakunya.
  7. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
  8. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
  9. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
  10. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
  11. Pandai mengambil hati orang tua.
  12. Menghormati dan taat ibubapa.
  13. Kesayangan keluarga dan tetangga.
  14. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
  15. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
  16. Rambut tak diwarnakan.
  17. Banyak dan murah dengan senyuman.
  18. Banyak mendengar dari bercakap.
  19. Senyuman adalah ketawanya.
  20. Tidak ketawa terbahak-bahak.
  21. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
  22. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  23. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
  24. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
  25. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
  26. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
  27. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
  28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
  29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
  30. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
  31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
  32. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.
Ya Allah, betapa diriku banyak kekurangan, banyak tidak sopannya...

Credit to Mak Ngoh Selamoh

Friday, October 22, 2010

Kenapa Lelaki Curang?



Hidup Terkongkong
Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2 anda menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong.



Rasa Marah
Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan.Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah  buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.



Rasa Marah
Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan.Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah  buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.



Rasa Rendah Diri 
Dia sayangkan anda tetapi jauh di sudut hatinya berasa rendah diri pada diri sendiri. Anda mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila anda membawanya di majlis2 sosial yg dilingkungi orang2 yg berjaya atau memberitahu anda dinaikkan pangkat. Dia malu utk memberi pendapat kerana berasakan anda lebih pandai. Dia cintakan anda tapi pada waktu yg sama tidak percayakan anda. Dia mungkin beranggapan anda hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu anda berjumpa dengan org yg setaraf dengan anda. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu2 dengan menerima cinta orang lain yg lebih menyanjungi dirinya berbanding anda!



Sering Berjauhan
Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya.  Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!



Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang
Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan.  Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya



Komunikasi Yang Hambar
Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.



Landasan Hubungan Yang Rapuh
Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2  atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta!



Merasa Tidak Dihargai
Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanya terhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka.Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan “membalas” dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.



Mahu Lebih Bahagia
Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti  lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang  tidak jelas.



Sikap Yang Mengada-ngada
Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti.



Hubungan Terlalu Rutin
Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya,malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.



Sikap Playboy!
Ahh…si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan  cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda.





100% credit to Tentang Cinta

Wednesday, October 20, 2010

Pantang Larang Bakal Pengantin

Salam, rupa-rupanya ada pantang larang sebelum kahwin ni. Pantang-larang yang berasal dari nenek moyang dan orang tua-tua. Terpulanglah sama ada nak percaya atau tidak tapi setiap pantang larang tu mesti ada hikmahnya.

1) Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
2) Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
3) Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).
4) Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid. 
5) Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. 
6) Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin. 
7) Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin. 
8) Elakkan minum minuman keras dan merokok.
9) Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
10) Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. 
11) Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
12) Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
13) Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
14) Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
15) Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
16) Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
17) Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
18) Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
19) Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
20) Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
21) Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
22) Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.
23) Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga
24) Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
25) Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
26) Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
27) Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri/suami supaya rumahtangga aman dan damai.
28) Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.
29) Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama. 
30) Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.
31) Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
32) Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

Saturday, October 16, 2010

Tips Menegur

1) Niat kena betul

Muhasabah balik, kenapa kita nak menegur? Nak tegakkan syariat? Menyelamatkan sahabat daripada azab Allah? Atau nak mengaibkan or lain2.

2. Baca doa
a. Doa Nabi Musa
“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku” (surah Taha:25-28)

b. Sebut Ya Aziz (Maha Mulia/Perkasa) Al-Jabbar(Maha Pemaksa) Al-Mutakabbir(Maha Besar) dan hembuskan pada sahabat
Tapi janganlah sampai dia perasan yang kita nak jampi dia. Cuma niatkan dengan kuasa Allah, dia dilembutkan hati untuk menerima teguran kita.

c. Surah Taha (1-5)
Tapi harus diingat, bukanlah doa-doa ini yang melembutkan hati, cuma dibacakan untuk menjadi asbab dilembutkan hati orang yang ingin ditegur.

3. Belai dengan puji-pujian
Manusia memang sifatnya senang apabila dipuji. Seorang jururawat pun sebelum nak cucuk jarum untuk ambik darah kita, akan usap-usap dulu tangan kitakan. Jadi, sebelum tegur orang, sebaiknya kita bercakap tentang perkara-perkara yang baik tentang dirinya. Puji pula haruslah ikhlas, bukan hendak membuat dia terangkat ke apa ke, barulah dimudahkan oleh Allah.

4. Fokus kepada perkara yang nak ditegur (jangan mengungkit)
Kalau yang sahabat kita salah tu hari ni, tak perlulah kita mengungkit kesalahan-kesalahannya yang lalu. Seperti contohnya , kalau hari ni isteri kita buat air tidak sedap, kurang gula, tak perlulah tegur dengan berkata, “Sejak kita kahwin, awak tak pernah buat air sedap.” Waa…dah 30 tahun kahwin, baru hari ni cakap selama ni tak sedap. Dah berliter-liter air yang diminum, baru nak ungkit tak sedap. Kecil hati yang mendengar. Marah sekalipun, nak tegur sekali pun, tak perlulah mengungkit. Fokus kepada perkara yang hendak ditegur sahajalah. Tak perlulah masukkan perkataan seperti selama ni, sejak dan lain-lain yang boleh mengecilkan hati penerima teguran.

5. Jangan tinggikan suara
Sesiapa pun, terutamanya wanita, pasti tak suka apabila ditegur dengan nada yang tinggi. Pasti akan timbul tolakkan dalam hati apabila ditegur dalam nada yang tinggi, kecuali bagi mereka yang benar-benar sabar. Dan jangan menjadikan diri sendiri sebagai indicator untuk orang lain terima teguran kita. Contoh macam, aku tak kesah pun kalau ditegur dengan nada tinggi. Takkan tak boleh tegur dengan nada tinggi kot? Sedangkan rambut kita pun warna lain-lain, inikan pula hati. Mungkin yang boleh terima tu hanya kita, penerimaan orang lain belum tentu sama dengan kita. Jadi, haruslah gunakan pendekatan yang terbaik dan berlemah lembut.

6. Doa supaya dia berubah
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda,

Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)

Berdoalah untuk kebaikan sahabat kita tanpa pengetahuannya. Kalau kita ikhlas untuk mendapatkan yang terbaik untuknya, pasti dikabulkan Allah SWT.

Sunday, October 10, 2010

Lelaki Lembuttt

Salam, sedikit info sharing about this type of man.  Lelaki lembut jugak leh dikenali sebagai Mak Nyah, darai,pondan bapok and banyak lagi sebenarnya gelaran yang diberikan. Mereka ni mempunyai biologi lelaki tapi nalurinya lebih kepada wanita. Golongan ini selalu menggunakan istilah " terperangkap di dalam tubuh yang salah" and "wanita dilahirkan transeksual". Mak nyah secara amnya ialah merujuk kepada lelaki transeksual merupakan lelaki Mukhannas iaitu yang mahukan jantina lain dari jantina yang mereka lahir. It is different dengan khunsa yang sedia maklum mempunyai dwi jantina. 

WHY IS THIS HAPPEN?

1) Mempunyai naluri keperempuanan sejak kecil lagi
Memang wujud kan. Bila dari kecil suka berpenampilan as a girl. Dan ibu bapa pulak tak memantau tumbesaran anak2 mereka so anak lebih cenderung ke arah opposite sex.

2) Layanan ibu bapa sendiri
Percaya tak ada ibu bapa yang teringin sangat nak anak perempuan. Tapi bila dpt anak lelaki mereka frust then pakaikan pakaian perempuan utk anak-anak lelaki mereka. Beli mainan perempuan. Beli aksesori perempuan. Buat anak tu keliru dgn status jantina diri sendiri dan akhirnya selesa dan suka dgn penampilan sebagai perempuan.

3) Dipengaruhi golongan lembutt
Sebab dilahirkan dlm environment yang agak different dari orang lain. Surrounding by golongan mak nyah dan lelaki lembut boleh buat seseorang lelaki tu di attract untuk turut menjadi lembut.

4) Kurang didikan agama
Sebagaimana hadis mengatakan " Nabi Muhammad S.A.W melaknat lelaki yg menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki" 

Memang tak dinafikan banyak lelaki lembut di keliling kita ni. Wanita or perempuan pun sebenarnya terancam dengan lelaki2 lembut mengalahkan wanita ni. Apapun, bersyukurlah dengan jantina yg telah diberikan Allah. Setiap jantina tu ada kelebihannya...


Ish3.. Ratu Cantik Pondan pun dah ada... Pondan lagi cantik ni.. Apapun, lelaki tetap adalah lelaki.. sejauh manapun kecantikannya, dia tetap lelaki dan tak boleh menandingi wanita yang sememangnya ciptaan Illahi. Lihatlah betapa hebatnya seorang wanita hingga lelaki pun tergila2 nak jadi wanita.. :P 

Thursday, October 7, 2010

Bully At The Workplace

Salam dan selamat sejahtera.. Hurmm... tajuk agak skema. Memandangkan di semester 3 ni Rina banyak buat assignment mengenai buli di tempat kerja, Jd saja2 nak share with all of u. Maksud buli ni sebenarnya tak complicated. Apa2 saja tindakan yang buat kita rasa kurang senang tu boleh dikategorikan sebagai buli. Bila timbul ketidakpuasan hati kita dengan rakan sekerja or boss kita, maknanya kita sedang dibuli. Buli ni ramai orang tak notice sebenarnya. Kadang2 tak sedar pun yang kita sebenarnya dibuli. Kalau di tempat kerja orang suruh kita:

a) Buat kerja dia
b) Herdik , jerit2 dan maki
c) Lempar tugasan kita
d) Memalukan kita di hapadan khalayak
e) Mengugut
f) Potong queue berulang2 kali... cth kalau kita nak fotostat then dia ckp " eh, sat2. Aku nk fotostat dulu. Aku banyak kerja ni" tanpa mempedulikan kita... tanpa permission kita
g) Suruh kita wat keja yang bukan keja kita
h) Melakukan benda2 tak senonoh di dpn kita atau kpd kita
i) Bising dan menganggu ketenteraman pejabat sampai kita takleh nak wat keja
j) Memperleh dan merendah2 kan kita

Haa... tu semua pun buli jugak.. Bukannya kira pukul2, tendang2 baru dinamakan buli. Kalau timbul sikap pentingkan diri sendiri, kira diri dia saja dan memberi efek terhadap kerja kita, tu memg lah buli. Bila timbul ja rasa terancam, rasa risau, dan tension terhadap diri kita atas tindakan yang dia buat tu...Cepat2 bertindak. Bagitau pihak atasan atau face to face dgn pembuli tu. 

Sedikit fact mengenai buli di tempat kerja, rata2 mangsa buli 73% padanya adalah wanita. Tapi, pembuli adalah sama banyak antara wanita n lelaki. Means, wanita juga merupakan pembuli utama di tempat kerja. Dan bila ditanya kepada boss2 adakah mereka boleh menangani masalah buli di tmpat kerja ni, bayangkan 93% said NO.. So, boss2 sepatutnya kena lengkap dengan skill untuk menangani buli ni. 



INGAT, JANGAN BERDIAM DIRI BECAUSE
WORKPLACE BULLYING IS NOT OK!!

Monday, October 4, 2010

Doakan Negarawan Kita

Asalamualaikum dan salam petang... Tentu semua dh tau yg negarawan kita Tun Mahathir, kini  berada di Epworth Hospital, Melbourne because of chest infection. Tapi hari ni dilaporkan Tun dh kian stabil. Alhamdulillah, moga2 akan bertambah sihat. Ramai yang masih memerlukan buah fikiran dan pendorong dari Tun, termasuklah saya. Cuma, hanya sedikit kecewa dengan doa segelintir manusia supaya Tun meninggal cepat dan ada yang dh siap say bye bye... Tak apalah, kita semua pun tau yg setiap yg hidup pasti akan mati... Cuma Allah SWT saja yang menentukan ajal seseorang. Siapalah kita untuk menentukan. Dan siapalah kita untuk mendoakan kebinasaan orang lain.. Kita cuma manusia biasa, yang tak banyak memberi jasa.. kadang2 kita ni cuma  hidup bagai orang mengantuk disorongkan bantal...Adakalanya juga mcm hidup segan, mati xmau...Siapalah kita... 


Tun, saya doakan Tun cepat sembuh.. Tak tahulah dgn org lain..
tp saya, sebagai seorang mahasiswi masih memerlukan buah fikiran dan idea
dari Tun... Moga dikurniakan Allah usia yg pnjg..
Insya Allah..

Saturday, October 2, 2010

Tak Sayang Mak Ayah ?

How sad.. Melihat mereka... seakan2 meruntun jiwa.. I know how they feel.. Even though i'm not in their shoes... We can see the pain in the eyes.. Mix with the hope, faith... sadness.. Dalam gelak tawa mereka, ada peritnya di jiwa. Ada sebak yang mencengkam di dada. Menaruh harapan, moga anak-anak or any relatives datang menjenguk... Kadang2 harapan jadi keajaiban.. Namun, kadangkalanya..harapan cuma tinggal harapan...Sanggup biarkan ayah ibu menagih kasih di rumah orang2 tua? Ya Allah.. betapa kecilnya jiwa2 mereka. Betapa kejamnya.. biar susah mana pun.. itu ibu dan ayah. Tak pernakah ada rasa kasih yang membara utk mereka? 





Tak sayang mak ayah ka?? :(

http://www.emocutez.com